Ketiadaan Varane satu tamparan hebat

Ketiadaan Varane satu tamparan hebat

PARIS, 26 Mei – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menerima takdir ketiadaan Raphael Varane dalam pasukannya memberi tamparan kepada harapan pasukannya dalam kejohanan Euro 2016, tetapi meminta pemainnya untuk mengatasi perkara itu.

Kecederaan pemain pertahanan Real Madrid, Varane berlaku selepas seorang lagi gandingannya, Mamadou Sakho turut diketepikan daripada kejohanan itu susulan gagal dalam ujian doping ketika bermain buat Liverpool.

Kekosongan di pertahanan itu berkemungkinan diisi pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny dan seorang pemain Barcelona, Jeremy Mathieu serta Adil Rami dari Sevilla.

Deschamps meletakkan sasaran untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Eropah itu tetapi dia kini berdepan dengan kehilangan pemain utama selepas penyerang, Karim Benzema yang dipinggirkan akibat skandal video seks Mathieu Valbuena.

Tetapi pengurus berumur 47 tahun yang menjadi kapten skuad Les Bleus untuk memenangi Piala Dunia di laman sendiri pada 1998, masih yakin terhadap kemampuan skuadnya.

“Pasukan Perancis masih kompetitif dan kami mesti melakukan segala yang kami boleh dan sejauh mungkin,” kata ketua jurulatih itu.

“Ia menakutkan tetapi saya tidak bimbang. Raphael (Varane) adalah pemain yang paling banyak bermain sejak Piala Dunia. Tetapi saya yakin terhadap pemain lain yang kami ada.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA