Ketidaktentuan politik gugat ekonomi Thai

Ketidaktentuan politik gugat ekonomi Thai

BANGKOK, 7 Ogos – Ekonomi Thailand yang tidak berkembang mengakibatkannya sukar untuk mendapatkan lebih banyak rangsangan daripada referendum perlembagaan baru hari ini yang dicadangkan oleh kerajaan tentera, yang mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa 2014.

Ketidakstabilan tersebut berlaku berikutan dengan ketidaktentuan beberapa kejadian yang melanda negara tersebut dalam tempoh setengah dekad yang lalu.

Perbelanjaan kerajaan dan pelancongan di negara tersebut terus berkembang dan bertahan walaupun eksport yang lemah dan kejatuhan pelaburan asing.

Bank Dunia meramalkan bahawa ekonomi akan berkembang pada kadar tahunan 2.5 peratus tahun ini, turun daripada 2.8 peratus pada 2015.

Dengan memiliki AS$395.3 bilion, Thailand merupakan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia.

Gambar fail pada 28 Jun 2016 menunjukkan kereta menyeberangi Jambatan Persahabatan Thai-Jepun di Bangkok, Thailand. Ekonomi Thailand yang tidak berkembang mengakibatkannya sukar untuk mendapatkan lebih banyak rangsangan untuk membangunkan ekonomi. – AP
Gambar fail pada 28 Jun 2016 menunjukkan kereta menyeberangi Jambatan Persahabatan Thai-Jepun di Bangkok, Thailand. Ekonomi Thailand yang tidak berkembang mengakibatkannya sukar untuk mendapatkan lebih banyak rangsangan untuk membangunkan ekonomi. – AP

Jurang antara masyarakat bandar yang kaya dan miskin di luar bandar adalah luas, dan manakala kemiskinan tegar telah hampir dihapuskan, satu dalam 10 warga Thailand kekal di bawah garis kemiskinan rasmi AS$6.20 sehari.

Pada tahun lalu, kemarau dan harga global jatuh telah memberi impak kepada pendapatan ladang.

Thailand bukan merupakan sebahagian daripada perjanjian perdagangan Pacific Rim A.S. yang diterajui dikenali sebagai TPP, atau Perkongsian Trans-Pasifik.

Tetapi Thailand sedang melobi untuk menyertainya, dengan harapan bahawa penyertaan tersebut akan membantu dalam meningkatkan kejatuhan eksport dan memberi negara tersebut kelebihan dalam pasaran bersama potensi yang besar.

Sementara itu, pelaburan asing Thailand menjunam sebanyak 90 peratus pada 2015 berbanding tahun sebelumnya kepada 106 bilion baht (ASS$3 bilion).

Insiden pengeboman kuil Bangkok pada Ogos 2015 yang mengorbankan 20 orang meletakkan industri pelancongan penting negara itu merosot, walau bagaimanapun dari segi ekonomi Thailand, negara itu masih menerima hampir 30 juta pelawat asing untuk tahun ini. – AP