Ketua Bayer janji tiada tanaman GM di Eropah

Ketua Bayer janji tiada tanaman GM di Eropah

BERLIN, 10 Okt – Firma kimia Jerman, Bayer berkata hari ini ia tidak akan memperkenalkan tanaman yang diubahsuai secara genetik (GM) di Eropah selepas syarikat besarnya mengambil alih syarikat pengeluar benih dan racun perosak Amerika Syarikat (AS), Monsanto.

“Kami tidak akan mengambil alih Mosanto untuk menubuhkan tanaman GM di Eropah,” kata ketua eksekutif Werner Baumann kepada akhbar Sueddeutsche Zeitung. “Beberapa orang fikir ia mungkin senang bagi kami daripada bagi Monsanto, berdasarkan reputasi yang kami boleh dapat,” kata Baumann, “namun ia bukanlah rancangan kami.”

“Jika politik dan masyarakat di Eropah tidak mahu benih yang diubah usai secara genetik, maka kami menerimanya, walaupun jika kami tidak bersetuju dengan bahan berkenaan,” katanya lagi.

Bayer yang membuat aspirin merancang pengambilalihan firma AS itu sekitar 58.8 bilion euro (AS$65.7 bilion) merupakan pemilikan yang terbesar daripada syarikat Jerman.

Namun ia juga adalah salah satu paling kontroversi, disebabkan benih GM Monsanto yang direka untuk digunakan di samping racun perosak glyphosate – yang ia pernah menjadi tajuk berita tahun ini berhubung kebimbangan kanser. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA