Ketua Boko Haram masih hidup?

Ketua Boko Haram masih hidup?

LAGOS, 17 Ogos (Reuters) – Abubakar Shekau berkata beliau masih hidup dan masih menjadi ketua kumpulan Boko Haram, sekali gus menafikan laporan beliau sudah meninggal dunia, menurut mesej audio baru yang dipetik daripada media sosial semalam.

Reuters tidak dapat mengesahkan ketulenan mesej audio itu. Media sosial yang memantau kumpulan jihad Site Intelligence memetik mesej audio baru dari Shekau sebagai menafikan laporan bahawa beliau tidak mampu meneruskan khidmatnya sebagai pemimpin.

Terdapat beberapa dakwaan oleh tentera Nigeria bahawa Shekau terbunuh beberapa tahun lepas tetapi beliau membuat kemunculan melalui rakaman video baru atau ia kemungkinan seseorang yang “menyamar” dengan nama yang sama, menurut sumber-sumber keselamatan.

Minggu lepas Presiden Chad Idriss Deby berkata pemimpin Boko Haram, Shekau mengalami kecederaan dan digantikan oleh Mahamoud Daoud, sambil menambah bahawa Shekau pergi ke Maiduguri, ibu negeri Borno, selepas beliau cedera. Deby berkata pemimpin baru Boko Haram, yang kurang dikenali, adalah terbuka kepada rundingan dengan Abuja.

Gambar terbaru yang diperoleh AFP menunjukkan Abubakar Shekau atau mungkin juga seseorang yang menyamar sebagai Shekau. – AFP
Gambar terbaru yang diperoleh AFP menunjukkan Abubakar Shekau atau mungkin juga seseorang yang menyamar sebagai Shekau. – AFP