‘Ketua dadah’ ditembak mati di Filipina

‘Ketua dadah’ ditembak mati di Filipina

MANILA, 30 Ogos – Seorang ahli perniagaan Filipina dan isterinya telah ditembak mati selepas ketua polis mengelarnya ketua dadah, menurut pihak berkuasa hari ini, mencetuskan kebimbangan tentang pembunuhan luar bidang kehakiman dalam jenayah perang Presiden Rodrigo Duterte.

Lebih 2,000 orang terbunuh sejak Duterte mengangkat sumpah dua bulan lalu dan dengan segera melancarkan tindakan keras undang-undang dan ketenteraman, dengan Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi menyuarakan kebimbangan atas pertumpahan darah itu.

Kelmarin, Melvin Odicta, seorang ahli perniagaan dituduh menjadi pengedar dadah dikenali sebagai ‘Dragon’, dan isterinya ditembak mati di pelabuhan Aklan di tengah Filipina selepas turun dari feri, lapor polis.

Ketua polis serantau, Jose Gentiles memberitahu AFP hari ini seorang lelaki bersenjata belum lagi dikenal pasti, namun sepertinya berkaitan dengan perdagangan dadah.

“Kemungkinan motifnya adalah dalangnya ingin menutup mulut pasangan itu. Mungkin dalangnya bimbang mangsa akan membabitkan diri mereka,” kata Gentiles.

Odicta telah menyatakan kebimbangan bagi nyawanya selepas pihak berkuasa menuduh dia adalah ketua dadah terkenal di wilayah tengah Iloilo, menurut peguamnya.

Odicta telah berkata dia tidak bersalah namun ketua polis kebangsaan, Ronald dela Rosa menegaskan minggu lalu yang dia merupakan ketua dadah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA