Ketua Eksekutif VW buat rundingan tertinggi, skandal perisian

Ketua Eksekutif VW buat rundingan tertinggi, skandal perisian

WASHINGTON, 8 Jan (Reuters) – Ketua Eksekutif Volkswagen, Matthias Mueller akan bertemu dengan pengawas alam sekitar AS pada minggu depan untuk rundingan peringkat tertinggi sejak pengeluar kereta Jerman itu mengaku menggunakan perisian untuk mengelak syarat-syarat pengeluaran untuk 580,000 kenderaan AS.

Mueller akan bertemu dengan ketua Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS Gina McCarthy pada Rabu di Washington, atas permintaan Volkswagen, kata jurucakap agensi Laura Allen.

McCarthy memberitahu wartawan pada forum di Washington bahawa EPA telah mengadakan perbincangan teknikal dengan VW, tetapi enggan meramalkan bila satu penyelesaian akan dicapai.

“Pada tahap ini, kami belum mengenalpasti satu jalan penyelesaian yang memuaskan, tetapi perbincangan berkenaan akan diteruskan,” kata McCarthy. “Kami ingin sekali mencari satu jalan untuk syarikat tersebut mematuhi peraturan, dan kami belum mencapainya.”

Kereta Volkswagen yang diletakkan di luar pengedar VW di London. - Reuters
Kereta Volkswagen yang diletakkan di luar pengedar VW di London. – Reuters

Mesyuarat akan diadakan kira-kira seminggu selepas Jabatan Keadilan AS memfail satu tindakan guaman ke atas VW yang berusaha mendapatkan bayaran pampasan berjumlah AS$48 bilion di bawah Akta Udara Bersih.

VW enggan memberi komen mengenai mesyuarat itu. Mueller juga merancang mengunjungi Capitol Hill untuk bertemu dengan penggubal undang-undang.

EPA dan Lembaga Sumber Udara California telah mendesak VW supaya melakukan lebih untuk membaiki kenderaan dan bertindak lebih cepat, dan juga telah mengemukakan lebih banyak soalan mengenai isu seperti prestasi sensor diagnostik.

ARTIKEL YANG SAMA