Ketua Eksekutif VW minta maaf

Ketua Eksekutif VW minta maaf

DETROIT, 11 Jan (AFP) – Ketua eksekutif Volkswagen Matthias Mueller semalam meminta maaf kerana menipu ujian pengeluaran kereta diesel pada lawatan rasmi pertama ke AS sejak skandal meletus pada September.

“Kami tahu kami telah mengecewakan pelanggan, pihak berkuasa, pengawas dan orang awam di sini di Amerika,” kata ketua pengeluar kereta Jerman pada satu majlis media sehari sebelum pameran kereta Detroit.

“Kami benar-benar kesal dan saya ingin meminta maaf sekali lagi terhadap apa yang berlaku di Volkswagen,” tambah beliau, menekan “tugas kami yang paling penting pada 2016 adalah mendapatkan semula kepercayaan.”

“Bukan sahaja kereta kami yang perlu kami selesaikan. Kami juga perlu membaiki kebolehpercayaan kami.”

Matthias Mueller bercakap pada sidang media di malam pratonton pertunjukkan auto mobil Amerika Utara 2016 di Detroit, Michigan. - AFP
Matthias Mueller bercakap pada sidang media di malam pratonton pertunjukkan auto mobil Amerika Utara 2016 di Detroit, Michigan. – AFP

Kumpulan yang berpangkalan di Wolfsburg itu mengaku ia memasang perisian dalam kira-kira 11 juta kereta diesel jenama VW, Audi, SEAT dan Skoda di seluruh dunia yang membantu mereka mengelak standard peneluaran selepas pengawas AS menemui masalah berkenaan.

Alat berkenaan membuka kawalan pencemaran apabila kereta sedang menjalani ujian, dan ditutup apabila ia kembali di jalan raya, membenarkannya mengeluarkan tahap nitrogen oksida yang berbahaya.

Isu tersebut menjejas teruk reputasi Volkswagen dan mencetuskan beberapa siasatan di beberapa negara.

Kerajaan AS menyaman pengeluar kereta itu kerana memasang alat pada hampir 600,000 kenderaan VW, Audi dan Porsche yang dijual di Amerika di antara 2009 dan 2015.