Ketua IAAF kecewa dakwaan rasuah

Ketua IAAF kecewa dakwaan rasuah

LONDON, 8 Nov (Reuters) – Presiden Persatuan Persekutuan Atletik Antarabangsa (IAAF) Sebastian Coe menyifatkan sebagai tuduhan “yang amat dibenci” menyatakan individu dalam bidang sukan memeras wang daripada para atlet yang didapati bersalah melanggar peraturan doping.

Beliau turut mengulangi penafian bahawa badan induk itu bersikap berpuas hati dalam caranya mengendalikan kes doping, seperti yang didakwa oleh akhbar Sunday Times Britain dan badan penyiaran Jerman, ARD.

“Menuduh bahawa orang-orang dalam bidang sukan memeras wang daripada atlet yang didapati bersalah kerana melanggar undang-undang doping adalah sesuatu yang amat dibenci,” kata Coe dalam satu kenyataan semalam, dalam respons pertamanya ke atas krisis terbaru yang melanda bidang sukan.

Ulasan Coe itu dibuat selepas pihak berkuasa Perancis minggu ini meletakkan bekas presiden IAAF Lamine Diack di bawah siasatan kerana disyaki menerima rasuah dan pembersihan wang haram.

Diack, 82, dikatakan menerima lebih sejuta euro (AS$1.09 juta) dalam bentuk rasuah pada 2011 untuk menutup ujian doping yang positif ke atas beberapa atlet Rusia, kata pejabat pendakwa raya kewangan Perancis.