Ketua IMF baru mungkin dari luar Eropah

Ketua IMF baru mungkin dari luar Eropah

ATHENS, 26 Julai (Reuters) – Pengarah urusan Dana Matawang Antarabangsa (IMF) masa depan mungkin datang dari luar Eropah apabila pengarah pada masa ini Christine Lagarde akhirnya meninggalkan jawatannya, menurut timbalan ketua dana di Washington itu dalam satu temu bual yang disiarkan semalam.

Timbalan Pengarah Urusan pertama IMF David Lipton memberitahu BBC World Service kelaziman yang mana warga Eropah menerajui dana ini sementara warga Amerika Syarikat (AS) menerajui Bank Dunia menerima tekanan dan perlantikan akan datang adalah ‘semata-mata berdasarkan kualiti.”

Digambarkan pada program radio yang sama sebagai ‘anakronisme sukar dipercayai’ oleh bekas ketua ahli ekonomi IMF Kenneth Rogoff, konvensyen yang telah memastikan orang Eropah menerajui dana itu telah semakin dicabar ketika krisis zon euro. Lipton berkata apabila Lagarde meletak jawatan, penggantinya mungkin akan datang dari negara bukan Eropah.

“Dengan calon-calon tampil dari seluruh dunia, lebih berkemungkinan selepas ini tidak akan seperti yang pernah berlaku,” ujarnya.

Christine Lagarde yang telah meninggalkan jawatannya baru-baru ini. - Reuters
Christine Lagarde yang telah meninggalkan jawatannya baru-baru ini. – Reuters

“Terdapat semakin ramai yang sangat berkelayakan dari luar Eropah dan AS, dan hakikat bahawa begitu banyak tumpuan pada krisis di As pada peringkat awal krisis kewangan sejagat dan dengan Eropah, akan membawa kepada pemikiran bahawa perlu ada himpunan meluas bagi peranan kepimpinan,” kata Lipton lagi.

Lagarde, bekas menteri kewangan Perancis, mengambil alih sebagai ketua IMF pada tahun 2011 selepas menteri kewangan sebelumnya Dominique Strauss-Kahn terpaksa meletak jawatan berhubung skandal seks.

Penggal lima tahunnya akan berakhir tahun depan, tetapi bulan lalu dia dipetik sebagai berkata dia akan menimbangkan penggal kedua jika dia mendapat sokongan anggota-anggota IMF. Meskipun tidak ada keperluan rasmi bahawa ketua IMF datang dari Eropah, ia telah menjadi amalan sejak institusi itu ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua, sementara Bank Dunia sentiasa diketuai oleh warga Amerika.

ARTIKEL YANG SAMA