Ketua IMF, ECB sertai rundingan

Ketua IMF, ECB sertai rundingan

BERLIN, 2 Jun (AFP) – Pemimpin Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pusat Eropah (ECB) dengan tidak disangka menyertai rundingan krisis hutang Greece semalam tatkala negara bergelut dengan pemiutangnya untuk melancarkan dana jaminan keluar yang amat diperlukan.

Kehadiran ketua IMF Christine Lagarde dan presiden ECB Mario Draghi menekankan risiko tinggi ketika Greece merenung tarikh akhir pada Jumaat untuk membayar balik 300 juta euro yang dihutangkannya kepada IMF.

Timbulnya kebimbangan Greece tidak mempunyai wang yang diperlukan dan akan mungkir bayar, kemungkinan mencetuskan rangkaian reaksi yang mungkin berakhir dengan penyingkiran dari zon euro.

Mesyuarat lewat malam di Berlin juga dihadiri oleh Canselor Jerman Angela Merkel, Presiden Perancis Francois Hollande dan ketua Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker.

Matlamatnya adalah mengemukakan satu “cadangan muktamad” untuk dibentangkan kepada Athens, menurut akhbar Jerman Die Welt.

Namun pejabat Merkel berkata selepas mesyuarat bahawa kuintet tersebut bersetuju untuk bekerjasama pada masa akan datang dan akan “berhubung” rapat di antara satu sama lain.

Die Welt, memetik sumber yang rapat dengan rundingan, berkata mereka bermula pada 1930 GMT dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras berada di Athens “untuk menunggu satu panggilan telefon daripada troika” yang terdiri daripada EU, IMF dan ECB.

Menurut sumber diplomatik, kumpulan itu tidak menelefon perdana menteri Greece ketika mesyuarat. Greece masih terlibat dalam rundingan sukar dengan pemiutang antarabangsa dalam usaha untuk mengeluarkan 7.2 bilion euro dalam dana jaminan keluar yang masih tinggal.

ARTIKEL YANG SAMA