Ketua IMF: Ekonomi 2016 lemah

Ketua IMF: Ekonomi 2016 lemah

BERLIN, 31 Dis – Pertumbuhan ekonomi global akan ‘mengecewakan’ tahun depan, ujar Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde (gambar).

Beliau berkata dalam artikel yang disiarkan pada Rabu (30 Dis) oleh sebuah harian Jerman, Handelsblatt, prospek kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi di China menyumbang kepada ketidaktentuan dan risiko lebih tinggi daripada kelemahan ekonomi di seluruh dunia.

Selain itu, pertumbuhan perdagangan global telah menjadi perlahan dengan ketara, dan kemerosotan harga bahan mentah menimbulkan masalah kepada beberapa ekonomi, manakala sektor kewangan di banyak negara masih mempunyai kelemahan, dan risiko kewangan semakin meningkat dalam pasaran baru muncul, tulis Lagarde.

Managing Director of the International Monetary Fund Christine Lagarde speaks at a press conference at the Treasury in London

“Semua ini bermakna pertumbuhan global akan mengecewakan dan tidak setara pada 2016,” kata beliau, sambil menambah bahawa produktiviti rendah, penduduk semakin menua dan kesan krisis kewangan global telah menghentikan pertumbuhan.

Beliau berkata permulaan pemulihan dasar kewangan Amerika dan peralihan China ke arah pertumbuhan yang diterajui penggunaan perubahan ‘perlu dan sihat’ tetapi perlu dilaksanakan dengan cekap dan licin.

Rizab Federal (FEB) Amerika awal bulan ini menaikkan kadar faedah buat kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad dan menjelaskan ia satu permulaan tentatif bagi kitaran ketat ‘beransur-ansur’.

Lagarde berkata walaupun negara selain negara maju umumnya kini lebih bersedia menghadapi kadar faedah lebih tinggi daripada pada masa lalu, beliau bimbang mengenai keupayaan mereka menyerap kejutan.

Beliau menambah bahawa kenaikan kadar faedah Amerika dan dolar Amerika yang lebih kukuh boleh membuat syarikat tidak berupaya melunaskan hutang dan ini kemudian boleh ‘menjangkiti’ bank dan negara. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA