Ketua insurans AXA Perancis letak jawatan

Ketua insurans AXA Perancis letak jawatan

PARIS, 21 Mac (AFP) – Kumpulan insurans terbesar Perancis, AXA mengatakan hari ini bahawa ketuanya Henri de Castries akan meletak jawatan, dengan akhbar Britain mengatakan dia mungkin mengambil alih syarikat perbankan gergasi HSBC.

“Selepas 27 tahun dalam kumpulan, dan hampir 17 tahun sebagai ketua pegawai eksekutif, Henri de Castries, pengerusi dan CEO bagi AXA, telah mengumumkan keputusannya untuk bersara dan meletak jawatan dari lembaga pengarah-pengarah pada 1 September 2016,” kata AXA dalam satu kenyataan.

Sunday Times, memetik sumber tidak bernama, mengatakan pada hujung minggu bahawa ketua AXA dikatakan akan menggantikan pengerusi HSBC masa ini, Douglas Flint selepas menyertai lembaga bagi bank global Britain, yang terbesar di Eropah pada 1 Mac.

Jurucakap bagi HSBC di London menyangkal laporan itu sebagai ‘spekulasi’ dalam satu e-mel kepada AFP.

Minggu lalu, Flint memberitahu pemegang saham HSBC bahawa bank itu mula mencari penggantinya yang kemungkinan akan dilantik tahun depan ‘namun saat yang tepat adalah jelasnya bergantung setelah mengenal pasti dan memperoleh calon yang layak,” ujarnya.

De Castries, 61, adalah dari keluarga aristokrat Perancis dan dilaporkan berketurunan Marquis de Sade yang terkenal.

Dia belajar di sekolah elit ENA bagi perkhidmatan awam tertinggi yang sama seperti Presiden Francois Hollande, bekas rakan Hollande dan Menteri Alam Sekitar pada masa ini Segolene Royal dan Michel Sapin, yang kini menteri kewangan.