Ketua Interpol baru cetus kebimbangan

Ketua Interpol baru cetus kebimbangan

NUSA DUA, Indonesia, 10 Nov – Seorang pegawai keselamatan China telah dipilih sebagai presiden Interpol hari ini untuk kali pertama, mencetuskan kontroversi daripada para aktivis yang mengatakan Beijing menggunakan agensi itu untuk menjejaki penentang di luar negara.

Naib Menteri Keselamatan Awam, Meng Hongwei dipilih sebagai ketua pertubuhan polis global pada perhimpunan agung tahunan di pulau Indonesia Bali, umum Interpol yang beribu pejabat di Perancis.

Beliau ialah pegawai China pertama yang memegang jawatan itu, kata agensi berita China, Xinhua, dan mengambil alih daripada wanita Perancis Mireille Ballestrazzi.

Sementara ia mungkin memberikan rangsangan kepada kempen China untuk memburu penjenayah ekonomi di luar negara sebagai kempen antirasuah, kumpulan hak asasi melahirkan rasa bimbang yang niat Beijing mungkin lebih jahat.

Meng Hongwei (depan) ketika menghadiri perhimpunan agung Interpol sesi ke-85 di Bali, Indonesia pada 10 November. – AFP
Meng Hongwei (depan) ketika menghadiri perhimpunan agung Interpol sesi ke-85 di Bali, Indonesia pada 10 November. – AFP

“Ia sangat membimbangkan dari segi masa lampaunya, yang China telah menggunakan…….Interpol untuk menangkap penentang dan pelarian di seberang laut,” kata William Nee, penyelidik China di Amnesty International, memberitahu AFP.

“Kami telah menilai kes itu pada masa lalu di mana ia kelihatannya China telah menyalahgunakan sistem Interpol untuk menyasarkan penentang terutamanya puak Uighur yang, setakat yang kami tahu, tidak melakukan sebarang jenayah di bawah standard antarabangsa.

“Ia satu kebiasaan yang membimbangkan yang mungkin digunakan ke atas orang-orang lain juga.” – AFP