Ketua junta Thailand ketuai senaman bagi birokrat

Ketua junta Thailand ketuai senaman bagi birokrat

BANGKOK, 23 Nov – Bekas ketua tentera yang menjadi Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha telah mengetuai ratusan birokrat dalam satu sesi senaman besar-besaran hari ini dalam satu projek baru: mengurangkan kegemukan dalam kalangan kakitangan awam kerajaan itu.

Ketika muzik dimainkan, ketua junta Thailand yang memakai tracksuit itu mula bertinju, bermain bola tampar dan mengetuai kelas aerobik, lengkap dengan lompatan kecil dan melakukan squat, bersama-sama ratusan para kakitangan Rumah Kerajaan.

Beliau yang berusia 62 tahun itu, telah memegang jawatannya pada tahun 2014, telah mengarahkan kesemua kakitangan awam untuk melakukan senaman setiap petang Rabu berikutan kebimbangan yang sikap kehidupan relaks boleh mendatangkan kegemukan.

Acara yang turut menjadi tumpuan termasuk dia menendang peninju muay thai, melontar pisang kepada jurukamera, menggeletek telinga wartawan dan menunggang basikal di sekitar Rumah Kerajaan ketika pegawai keselamatannya berjoging di belakangnya dalam cuaca panas tropika. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA