Ketua keselamatan Syria berkunjung ke Mesir

Ketua keselamatan Syria berkunjung ke Mesir

DAMSYIK, 17 Okt – Ketua perkhidmatan keselamatan Syria, Ali Mamluk bertemu dengan para pegawai Mesir dalam lawatan luar negeri pertamanya dalam masa lima tahun, menurut media kerajaan di Damsyik, hari ini.

Agensi berita kerajaan SANA berkata Mamluk bertemu dengan ketua perisikan am Mesir, Khaled Fawzy dan ‘para pegawai keselamatan peringkat tinggi’ semasa lawatan seharinya itu.

Para pegawai Syria dan Mesir ‘bersetuju untuk menyelaras kedudukan politik…dan memperkukuhkan penyelarasan dalam menentang pengganasan yang dihadapi oleh kedua-dua buah negara,” kata SANA.

Sumber politik Syria di Damsyik memberitahu AFP yang Mamluk telah ‘bertemu dengan para pegawai Mesir di Kaherah baru-baru ini, namun ini adalah lawatan awam pertamanya.”

Awal bulan ini, Kaherah telah mengundi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang didrafkan oleh sekutu rejim, Rusia tentang keganasan terputus-putus di Syria. – AFP