Ketua-ketua pertahanan ASEAN batalkan pernyataan bersama

Ketua-ketua pertahanan ASEAN batalkan pernyataan bersama

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Reuters) – Rancangan bagi kenyataan bersama pada akhir forum pertahanan serantau Asia Tenggara telah dibatalkan hari ini selepas perbezaan pendapat antara China dan AS berhubung sebutan perbalahan di Laut China Selatan dalam dokumen.

Para pegawai dari Malaysia, yang menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ketua-ketua pertahanan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), tidak segera mengulas tentang alasan pembatalan itu. Bagaimanapun dalam jadual program hari ini yang telah diubah, majlis penandatanganan bagi “Kuala Lumpur Joint Declaration” (Pengisytiharan Bersama Kuala Lumpur) telah dibatalkan.

Sebelumnya seorang pegawai kanan pertahanan AS berkata China melobi negara-negara Asia Tenggara supaya menggugurkan sebarang rujukan kepada kebimbangan berhubung Laut China Selatan dalam kenyataan itu.

“Alasan ialah kerana China melobi untuk menjauhkan sebarang rujukan pada Laut China Selatan dari pengisytiharan akhir bersama,” kata pegawai itu yang merahsiakan identitinya.

“Memang difahami, sebilangan negara ASEAN, merasakan itu adalah tidak sesuai. Ia memperlihatkan perpecahan berpunca daripada penebusgunaan dan ketenteraan China di Laut China Selatan di rantau itu.” Pegawai AS itu menambah kata “Ini keputusan ASEAN, namun pada pandangan kami tidak ada kenyataan yang lebih baik daripada kenyataan yang menghindar isu penting berhubung penebusgunaan dan penenteraan di Laut China Selatan.”

Bagaimanapun Kementerian Pertahanan China, menyalahkan ‘negara-negara tertentu’ di luar Asia Tenggara, merujuk kepada AS dan Jepun.

Mereka ‘cuba dengan tegas memasukkan kandungan ke pengisytiharan bersama’ dan negara-negara itu bertanggung jawab sepenuhnya atas kegagalan mengemukakan kenyataan bersama, kementerian itu berkata dalam mikroblog.

ARTIKEL YANG SAMA