Ketua kongsi gelap diberkas

Ketua kongsi gelap diberkas

HONG KONG, 22 Julai – Ketua kongsi gelap yang didakwa, dikenali sebagai “Shanghai Boy” diberkas selepas tiba di lapangan terbang Hong Kong dari Thailand, beberapa bulan selepas dia menjadi tajuk berita utama apabila mukanya ditumbuk di hotel mewah paling terkenal di bandar itu.

Kwok Wing-hung ditahan malam semalam kerana ‘berkomplot melakukan ugutan jenayah, berkonspirasi untuk mencederakan dengan niat dan berkomplot untuk memeras ugut,: menurut polis dalam kenyataan hari ini.

Terkenal dengan sentiasa mengenakan kaca mata hitam gaya 70an dan gaya potongan rambut mangkuk, Kwok, 58 tahun telah mengurangkan pengesanan selama tujuh bulan, menurut media tempatan.

Dia dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki polis dan telah diberkas di lapangan terbang Hong Kong oleh para pegawai dari Biro Kongsi Gelap dan Jenayah Terancang, lapor South China Morning Post.Profil umum Kwok, ahli perniagaan berkontroversi ini meningkat dalam tahun 2012 selepas dia dilaporkan dilihat makan bersama seorang pengarah kempen bagi pemimpin bandar itu masa ini, Leung Chun-ying yang pada masa itu calon bagi ketua eksekutif. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA