Ketua menteri Kashmir meninggal dunia

Ketua menteri Kashmir meninggal dunia

SRINAGAR, INDIA, 7 Jan – Mufti Mohammad Sayeed, ketua menteri rantau bergolak Kashmir dan salah seorang ahli politik Islam paling terkenal di negara, meninggal dunia hari ini, kata seorang pegawai.

Ketua menteri yang berusia 79 tahun itu meninggal dunia di hospital di New Delhi setelah dimasukkan ke hospital pada 24 Disember kerana mengalami penyakit pernafasan, beritahu seorang pegawai hospital kepada AFP.

Beliau dijangka diganti sebagai ketua menteri oleh anak perempuannya Mehbooba Mufti, pemimpin Parti Demokratik Rakyat (PDP) yang ditubuhkan oleh beliau pada 1999.

Pemimpin veteran itu mengambil alih sebagai ketua menteri negeri Jammu dan Kashmir untuk kali kedua pada Mac lalu, selepas memegang peranan yang sama di antara 2002 dan 2005.

Beliau dilantik menteri dalam negeri Islam pertama di India pada 1989, dan kemudian pada tahun yang sama seorang lagi anak perempuannya diculik oleh militan Kashmir. Beliau dibebaskan kemudian sebagai tukaran untuk lima pemberontak yang dipenjarakan.

Gambar fail yang diambil pada 3 Mac 2008, menunjukkan Mohammad Sayeed. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 3 Mac 2008, menunjukkan Mohammad Sayeed. – AFP

“Kematian Mufti Sahab meninggalkan kekosongan besar di negara dan dalam J&K, di mana kepimpinan teladannya memberi kesan besar ke atas kehidupan rakyat, moga-moga rohnya dicucuri rahmat,” kata Perdana Menteri Narendra Modi di Twitter.

PDP pimpinan Sayeed bergabung di rantau Himalaya dengan Parti Bharatiya Janata pimpinan Modi selepas pilihan raya negeri pada tahun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA