Ketua NATO buat lawatan pertama ke Ukraine

Ketua NATO buat lawatan pertama ke Ukraine

BRUSSELS, 18 Sept (AFP) – Ketua NATO, Jens Stoltenberg akan membuat lawatan pertamanya minggu depan ke Ukraine, menurut perikatan hari ini, ketika usaha untuk menyelesaikan konflik antara pemberontak pro-Rusia dan tentera kerajaan berterusan.

“Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, akan berkunjung ke Lviv dan Kiev pada 21-22 September 2015,” menurut kenyataan itu, menunjukkan dia akan mengadakan rundingan dengan Presiden Petri Poroshenko.

Ukraine, yang mana sekitar 7,000 orang telah terkorban dalam pertempuran sejak April 2014, merupakan rakan penting namun bukan anggota perikatan tentera 28 negara.

Dia juga akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Arseniy Yatsenyuk dan speaker parlimen dan akan menghadiri satu mesyuarat Keselamatan Negara Ukraine dan Majlis Pertahanan, katanya.