Ketua nuklear PBB kunjungi Tehran

Ketua nuklear PBB kunjungi Tehran

DUBAI, 15 Sept (Reuters) – Ketua pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengunjungi Tehran minggu ini, bersama sekumpulan pakar yang dijangka terbang lewat Isnin, menurut pegawai tertinggi nuklear Iran.

Ali Akbar Salehi bercakap di Vienna selepas bertemu dengan ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano, yang bertanggungjawab memantau sama ada Iran mematuhi perjanjian nuklear yang dicapai bersama kuasa dunia pada 14 Julai.

IAEA mengatakan dalam e-mel bahawa lawatan dari Amano ke Tehran masih lagi dipertimbangkan namun ‘butiran lanjut masih lagi perlu diselesaikan.”

Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) memerlukan Iran untuk mengekang program nuklearnya di bawah penyeliaan rapat daripada IAEA, sebagai balasan bagi pembatalan atau pengurangan sekatan antarabangsa.

“Sekitar 12 atau 13 pakar IAEA akan pergi ke Tehran malam ini dan Amano akan menyusul kemudian dalam masa tiga atau empat hari lagi,” kata Salehi.

“Kami berharap isu-isu selebihnya akan diselesaikan menjelang 15 Disember oleh itu pengimplementasian JCPOA dapat dimulakan,” katanya, merujuk kepada penetapan tempoh tarikh dalam perjanjian ‘pelan-tindakan’ Iran yang dicapai bersama agensi di samping JCPOA.