Ketua parti memerintah Myanmar disingkir

Ketua parti memerintah Myanmar disingkir

NAYPYIDAW, Myanmar, 13 Ogos – Ketua parti memerintah Myanmar telah disingkirkan dari jawatannya, menurut seorang pegawai hari ini, selepas serbuan polis di ibu pejabat parti itu yang memperlihatkan pergelutan kuasa di kalangan pihak berperanan penting dalam politik sebelum pilihan raya.

Parti memerintah, Parti Pembangunan dan Perpaduan Kesatuan (USDP) dicengkam pertelagahan sesama sendiri sebelum pilihan raya November yang dianggap paling bebas dan adil dalam tempoh beberapa dekad dalam negara yang pernah diperintah oleh junta.

Pada malam drama politik itu yang menyaksikan pasukan keselamatan memasuki pangkalan USDP di Naypyidaw, Shwe Mann yang juga merupakan speaker parlimen nampaknya sasaran utama permainan kuasa yang pantas dan tegas.

Beberapa bulan kebelakangan telah menyaksikan berita angin tentang perseteruan antara Shwe Mann dan Presiden Thein Sein, kedua-duanya bekas jeneral yang menanggalkan uniform mereka untuk berperanan penting dalam reformasi Myanmar.

Thein Sein bersetuju dengan penyingkiran Shwe Mann dari peranan partinya, Zaw Htay dari Pejabat Presiden memberitahu AFP.

Shwe Mann (kiri) yang telah disingkirkan dari jawatannya. – Reuters
Shwe Mann (kiri) yang telah disingkirkan dari jawatannya. – Reuters

“Ini hanyalah hal ehwal kepimpinan parti, tiada alasan untuk dibimbangkan,” katanya, yang membalas beberapa khabar angin tentang Shwe Mann telah diberkas.

Kerajaan sedang berusaha “menstabilkan ketenteraman awam,” tambahnya, tanpa memberi butiran.

Sebelumnya, anak lelaki Shwe Mann memberitahu AFP rumah ayahnya di bandar telah dikepung oleh ‘yang digelar pengawal’ ekoran serbuan polis lewat semalam.

“Aneh, pasukan bersenjata telah mengetatkan parti politik dengan cara ini,” Toe Naing Mann, tambahnya, dengan mengatakan dia sedang memantau situasi itu melalui perhubungan dengan Yangon.

Kira-kira setengah dozen polis masih berada di pagar ibu pejabat parti itu, menurut pemberita AFP yang berada di sana.

Langkah mengejutkan itu dibuat sehari sebelum tempoh akhir bagi calon-calon mendaftar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Juga terdapat tanda bahawa Shwe Mann keberatan untuk menyokong calon-calon yang setia dengan presiden dan baru-baru ini tidak menerima tentera-tentera bersara yang ditampilkan oleh tentera berpengaruh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA