Ketua PBB alu-alukan Kafando

Ketua PBB alu-alukan Kafando

PARIS, 24 Sept (AFP) – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengalu-alukan pengembalian kedudukan jawatan pemimpin sementara Burkina Faso, Michel Kafando dan institusi peralihannya selepas pemimpin rampasan kuasa, meletak jawatan.

Proses politik yang disambung semula “akan membolehkan Burkina Faso untuk mengadakan pilihan raya presiden dan ahli perundangan menurut perlembagaan negara dan piagam peralihan,” kata Ban dalam satu kenyataan.

Pengawal presiden elit kerajaan Afrika barat pada 16 September telah menahan Kafando, pemangku perdana menteri Yacouba Isaac Zida dan dua menteri kerajaan lainnya, mengumumkan rampasan kuasa pada hari berikutnya.

Rejim tentera baru, yang diketuai oleh Jeneral Gilbert Diendere, mendapat tekanan hebat untuk meletak jawatan dari PBB, Perancis, Washington, Kesatuan Afrika dan Komuniti Ekonomi Negeri-negeri Afrika Barat (ECOWAS) yang menjadi pengantara resolusi kepada krisis tersebut.