Ketua PBB pertama kunjungi Utara

Ketua PBB pertama kunjungi Utara

SEOUL, 19 Mei – Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengatakan hari ini bahawa beliau akan melawat kompleks industri Kaesong di sempadan antara Korea yang akan menjadikan beliau ketua PBB pertama memasuki negara terasing itu dalam masa lebih dua dekad.

Kompleks Industri Kaesong, zon ekonomi khas beberapa kilometer utara dari sempadan yang dikawal ketat, dijalankan bersama oleh Korea Utara dan Selatan.

“Semua pihak akan meraih keuntungan daripada penglibatan baru dan komitmen terhadap dialog sebenar. Ia adalah penting untuk membina keyakinan dan mempromosikan hubungan antara-Korea,” kata Ban dalam satu forum pendidikan di bandar Incheon, Korea Selatan, menambah beliau berhasrat membuat kunjungan itu pada Khamis.

“Projek Kaesong adalah model menang-menang bagi kedua-dua Korea,” katanya.

“Saya berharap lawatan saya akan menyediakan satu dorongan positif bagi membangunkan lagi projek itu dan meluaskannya ke bidang lain,” tambahnya.

Korea Utara kini di bawah sekatan PBB atas program nuklear dan misilnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA