Ketua pejuang Ansaru ditangkap di Nigeria

Ketua pejuang Ansaru ditangkap di Nigeria

KANO, Nigeria, 4 April (AFP) – Ketua kumpulan pejuang berani mati Ansaru, Nigeria, kumpulan serpihan Boko Haram yang dari segi ideologi sejajar dengan Al-Qaeda di Mahgribi, telah diberkas, menurut jurucakap tentera semalam.

Khali dal-Barnawi adalah salah seorang dari tiga warga Nigeria yang disenaraikan oleh Washington dalam tahun 2012 sebagai ‘orang yang khas dinamakan pengganas sejagat’. Jabatan Negeri AS pada Jun 2012 menamakan Barnawai di samping ketua Boko Haram, Abubakar Shekau dan pengasas Ansaru, AbuBakar Adam Kambar sebagai pengganas.

“Ejen-ejen keselamatan membuat kejayaan itu Jumaat lalu dalam pertempuran ke atas pengganasan, dengan memberkas Khali dal-Barnawi, ketua kumpulan pengganas Ansaru di Lokoja,” jurucakap tentera Brigadier Jeneral Rabe Abubakar berkata. “Dia adalah antara mereka yang dinamakan dalam senarai teratas pengganas yang dikehendaki,” tambahnya. Lokoja adalah bandar negeri tengah Kogi, Nigeria.

“Shekau adalah ketua kumpulan militan di Nigeria yang paling dicari, iaitu kumpulan Jama’atu Ahlis Sunna Lidda’awati Wal-jihad, yang lazimnya dirujuk sebagai Boko Haram,” menurut jabatan negeri AS berkata pada tahun 2012. “Khalid al-Barnawi dan Abubakar Adam Kambar mempunyai hubungan Boko Haram dan hubungan rapat dengan al-Qaeda di Maghribi” menurutnya dalam satu kenyataan.