Ketua pelajar HK: HSBC sekat akaun baru

Ketua pelajar HK: HSBC sekat akaun baru

HONG KONG, 6 April – Pemimpin pelajar Hong Kong, Joshua Wong menuduh HSBC melakukan ‘penapisan politik’ hari ini selepas bank itu menolak permohonannya bagi membuka akaun bersama untuk parti barunya serta akaun peribadi bagi dirinya.

Wong, 19, mengumumkan pembentukan parti itu, digelar Demosisto, diwujudkan bulan lalu untuk bertanding pilihan raya parlimen akan datang, mengatakan ia akan menekan bagi ‘penetapan sendiri’ berhubung masa depan bandar semi autonomi itu.

Kebimbangan berhubung pengaruh Beijing telah mencetuskan peningkatan panggilan, terutamanya dalam kalangan aktivis bagi mendapatkan autonomi lebih banyak daripada tanah besar itu, dengan beberapa daripadanya menyokong hak kemerdekaan bagi Hong Kong.

Kedua-dua pihak berkuasa Hong Kong dan Beijing telah membidas pengempen kemerdekaan itu. Sebuah parti pro-kemerdekaan baru telah mengatakan ia telah disekat daripada mendaftar di bandar itu.

Wong, yang menjadi wajah pergerakan pro-demokrasi bandar itu semasa perhimpunan besar-besaran pada 2014, mengatakan permohonannya bagi dua akaun dengan HSBC telah ditolak tanpa butiran munasabah diberikan.

“Mereka mungkin fikir saya sedikit sensitif dengan politik sehingga mereka terpaksa mengenakan penapisan politik,” kata Wong kepada AFP.

“HSBC menelefon kami dan memberitahu bahawa ia adalah kerana pengaturan pentadbiran dan atas sebab perniagaan, kami tidak dibenarkan untuk membuka akaun bersama,” kata Wong.

“Mereka hanya berulang kali memberitahu kami bahawa ia adalah pengaturan perniagaan, maaf tentangnya.”

Wong berkata permohonan kedua bagi akaun peribadinya juga ditolak, menambah bahawa seorang pengurus cawangan memberitahunya dia tidak dapat membuka sebarang akaun baru di HSBC. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA