Ketua pelarian PBB ‘amat bimbang’ perjanjian EU-Turki

Ketua pelarian PBB ‘amat bimbang’ perjanjian EU-Turki

STRASBOURG, Perancis, 8 Mac (AFP) – Ketua agensi pelarian PBB (UN) hari ini mengatakan beliau ‘sangat bimbang’ dengan perjanjian yang diusulkan antara EU dan Ankara untuk mengekang krisis penghijrah yang akan melibatkan orang ramai dihantar pulang ke Turki.

“Pada reaksi pertama saya amat bimbang tentang sebarang pengaturan yang akan melibatkan pemulangan sesiapa dari sebuah negara ke negara lain tanpa menjelaskan perlindungan pelarian di bawah undang-undang antarabangsa,” ketua UNCHR, Filippo Grandi memberitahu Parlimen Eropah.

Ahli perundangan di parlimen di Strasbourg, Perancis, memuji selepas beliau membuat komen berkenaan.

Pada persidangan di Brussels kelmarin, para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pada dasarnya menyokong cadangan Turki untuk mengambil semua penghijrah haram yang bertumpu di pulau Greece.

Turki mencadangkan perjanjian seorang ke seorang di bawah apa yang EU akan menyelesaikannya dengan seorang pelarian Syria dari kem di Turki dengan pertukaran bagi setiap rakyat Syria yang Turki ambil dari Greece, dalam bidaan untuk mengurangkan insentif bagi orang yang akan menaiki bot ke Eropah.

Filippo Grandi bercakap semasa perdebatan ke atas prosedur perlindungan dan kemudahan para pelarian di Parlimen Eropah di Strasbourg, timur Perancis pada 8 Mac. – AFP
Filippo Grandi bercakap semasa perdebatan ke atas prosedur perlindungan dan kemudahan para pelarian di Parlimen Eropah di Strasbourg, timur Perancis pada 8 Mac. – AFP

Turki adalah tempat pelancaran utama bagi lebih satu juta penghijrah yang telah membuat penyeberangan berbahaya ke Eropah sejak awal tahun 2015. Ia adalah rumah kepada 2.7 juta pelarian dari perang di Syria, lebih daripada mana-mana negara lain.

Namun Grandi mengatakan rancangan itu, yang para pemimpin EU harap untuk bersetuju secara rasminya pada sidang kemuncak minggu depan, tidak menawarkan jaminan mencukupi di bawah undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, pelarian sepatutnya hanya akan dipulangkan ke negara itu jika ia boleh membuktikan yang permohonan perlindungan akan diproses dengan betul dan mereka boleh ‘menikmati tempat perlindungan mengikut standard antarabangsa yang diterima dan mempunyai akses penuh kepada pendidikan, kerja, penjagaan kesihatan dan jika perlu bantuan sosial.”