Ketua pembangkang Syria akan kunjungi Beijing

Ketua pembangkang Syria akan kunjungi Beijing

BEIJING, 4 Jan (AFP) – Pemimpin kumpulan pembangkang Syria yang hidup dalam buangan akan mengunjungi China minggu ini, menurut Beijing hari ini, meskipun negara itu berulang kali menyekat resolusi Majlis Keselamatan PBB (UN) ke atas konflik berkenaan.

China adalah anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang sering menggunakan vetonya dan telah mengundi menentang resolusi ke atas Syria empat kali di samping Rusia – yang melancarkan kempen serangan udara untuk mempertahankan Presiden Bashar al-Assad.

Baru-baru ini, ia telah menyekat langkah 2014 untuk meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat jenayah perang di negara itu, dan Beijing sering menyeru sebaliknya untuk ‘penyelesaian politik’ ke arah konflik itu.

Khaled Khoja, Presiden Gabungan Kebangsaan bagi Revolusi Syria dan Pasukan Pembangkang berpangkalan di Istanbul akan mengunjungi China bermula Selasa hingga Jumaat, menurut jurucakap kementerian luar negeri, Hua Chunying memberitahu taklimat biasa.

“Kami percaya bahawa pada peringkat masa ini kita perlu mencapai gencatan senjata dan mencari penyelesaian politik yang selari,” ujarnya.

Majlis Keselamatan pada pertengahan Disember sebulat suara menyokong pelan perdamaian untuk membawa rejim dan pembangkang bersama bagi rundingan bulan ini.

ARTIKEL YANG SAMA