Ketua penderma organ ditangkap

Ketua penderma organ ditangkap

NEW DELHI, 8 Jun – Polis India berkata hari ini mereka telah menahan ketua sindiket pendermaan organ yang dikendalikan dari salah sebuah hospital terkenal di negara itu.

T Rajkumar Rao ditahan di timur bandar Kolkata lewat semalam kerana disyaki memimpin satu geng penjenayah yang menarik penduduk miskin untuk menjual buah pinggang mereka, yang dijual untuk mendapatkan keuntungan besar.

Perniagaan komersial organ adalah salah di sisi undang-undang di India dan geng tersebut memalsukan dokumen untuk berpura-pura menunjukkan bahawa penderma adalah saudara pesakit pemindahan demi menjalani pembedahan di hospital Apollo.

“Dia (Rao) ditahan dari Kolkata,” beritahu penyiasat polis Nidhin Walson kepada AFP di New Delhi.

Seorang pegawai di Kolkata berkata Rao dikehendaki dalam beberapa kes sedemikian di beberapa negara Asia Selatan.

Semalam, polis menahan tiga penderma termasuk satu pasangan yang menjual buah pinggang mereka dengan harga 700,000 rupee untuk melangsai pinjaman yang diambil oleh mereka untuk membayar kos rawatan perubatan anak lelaki mereka.

Lima orang kakitangan di hospital Apollo juga telah ditahan.

Apollo telah menafikan terbabit dalam komplot tersebut, berkata ia telah menjadi “mangsa operasi yang dirancang dengan teliti untuk menipu pesakit dan hospital.”

Semalam ia berkata, ia telah menubuhkan jawatan siasatan bebas untuk memberi nasihat mengenai pelindung.

Berjuta-juta penduduk India menderita penyakit buah pinggang, kebanyakannya disebabkan kadar diabetes yang tinggi.

Namun kekurangan organ untuk pemindahan telah merangsang pasaran gelap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA