Ketua penentang rasuah ‘mengaku’ dalam video rasmi

Ketua penentang rasuah ‘mengaku’ dalam video rasmi

BEIJING, 21 Jun (AFP) – Ketua bagi sebuah kampung China yang menjadi simbol tentangan ke atas rasuah mengaku telah mengambil rasuah dalam satu video yang disiarkan hari ini, menurut media kerajaan, selepas penduduk tempatan mengadakan bantahan bagi mendesak pembebasannya.

Lin Zulian telah dipilih sebagai ketua Wukan dalam undian terbuka selepas para penduduknya menyingkirkan para pegawai tempatan dalam pergolakan besar-besaran 2011, mencetuskan perhatian seluruh dunia.

Dia telah ditahan pada Jumaat dan mengaku mengambil rasuah dalam satu video yang dirakam semasa dia sedang disiasat dan disiarkan oleh para pendakwa, lapor Perkhidmatan Berita China milik kerajaan.

“Oleh sebab kekurangan saya dalam memahami undang-undang, dalam banyak projek yang berkaitan dengan kehidupan orang ramai…dan dalam beberapa pembelian kolektif saya telah menerima sogokan besar,” ia memetik Lin sebagai berkata.

Pihak berkuasa China sering menyiarkan video-video suspek dari media kerajaan yang membuat pengakuan semasa di dalam tahanan, dalam apa yang para peguam gelar satu penca-bulan hak bagi perbicaraan adil.

Seorang penduduk Wukan memberitahu AFP pada Sabtu bahawa sejumlah besar anggota polis datang ke kampung tersebut untuk memintas bantahan yang menggesa bagi pembebasan Lin.

Menurutnya lagi, sebelum dia ditahan, Lin telah merancang untuk mengetuai tunjuk pera-saan diperbaharui tentang isu rampasan tanah yang mencetuskan bantahan pada 2011, yang masih belum diselesaikan.

ARTIKEL YANG SAMA