Ketua Pentagon akui silap guna e-mel peribadi

Ketua Pentagon akui silap guna e-mel peribadi

WASHINGTON, 18 Dis (AFP) – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter, mengakui melakukan ‘kesilapan’ apabila menggunakan e-mel peribadinya untuk urusan rasmi kerajaan ketika mula berkhidmat yang mencetus kebimbangan kerana penggodam boleh mengakses maklumat sensitif.

Ia mula terbongkar susulan kekecohan berhubung tindakan Hillary Clinton menggunakan akaun e-mel peribadi ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara.

Bercakap kepada CBS News ketika berada di Iraq, Carter berkata dia menggunakan iPhone untuk menghantar mesej pengurusan yang tidak mengandungi maklumat sulit kepada kakitangannya.

“Biarpun demikian, saya tidak patut melakukannya dan apabila saya sedar mengenainya, saya berhenti.

“Saya perlu mematuhi standard ketat dalam aspek keselamatan siber dan melakukan sesuatu mengikut peraturan. Saya tidak melakukannya dalam kes ini. Ia satu kesilapan dan ia memang salah saya sendiri.”

ARTIKEL YANG SAMA