Ketua Pentagon lawat kapal perang di LCS

Ketua Pentagon lawat kapal perang di LCS

DI KAPAL USS JOHN C.STENNIS, 15 April (AFP) – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter mengunjungi kapal perang dekat dengan perairan Laut China Selatan (LCS), ketika Beijing bertindak balas dengan keingkaran ke atas pertambahan tentera Amerika di kawasan itu.

Lawatan Carter ke USS John C.Stennis adalah usaha terbaru daripada AS untuk menunjukkan komitmennya bagi mengekalkan keselamatannya di perairan yang dipertikaikan itu, di mana China telah menggoncangkan urat saraf dengan pembinaan pulau tiruan di pulau-pulau kecil dan terumbu yang didakwa oleh beberapa negara-negara jiran Asia Tenggara.

Sebelum terbang dari Manila untuk menuju ke kapal perang itu, Carter menekankan AS akan menyokong Filipina dan sekutu lain ketika mereka berdepan ‘pemaksaan dan intimidasi’.

“Kami akan terus berdiri teguh mempertahankan keselamatan dan kebebasan kami, bagi rakan dan sekutu kami, dan bagi nilai, dasar dan arahan berdasarkan peraturan yang telah memberi manfaat sekian lama kepada banyak negara,” kata Carter semasa majlis penutup bagi latihan perang tahunan Filipina-AS.

Ashton Carter (belakang, kiri) di samping rakan sejawat Filipina, Voltaire Gazmin (belakang, tengah), menyaksikan ketika pengarah eksesais Filipina Laksamana Madya Alexander Lopez (depan, kiri) dan Leftenan Jeneral John Toolan membungkus bendera eksesais semasa majlis penutup latihan tentera bersama tahunan Filipina-AS pada 15 April – AFP

ARTIKEL YANG SAMA