Ketua Pentagon, perisikan usaha singkir ketua NSA

Ketua Pentagon, perisikan usaha singkir ketua NSA

WASHINGTON, 20 Nov – Pemimpin tentera Amerika Syarikat dan ketua perisikan menekan Presiden Barack Obama untuk memecat ketua Agensi Keselamatan Negara, Laksamana Michael Rogers, lapor media AS kelmarin, walaupun Rogers kelihatannya telah dipertimbangkan bagi kedudukan senior dalam pentadbiran Trump.

Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dalaman, Devin Nunes telah meminta Setiausaha Pertahanan Ash Carter dan Pengarah Perisikan Kebangsaan, James Clapper – kedua-duanya dilaporkan orang di sebalik desakan itu – untuk memberi keterangan sebelum hujung tahun ini.

Donald Trump, presiden yang dipilih berkata akan mempertimbangkan Rogers sebagai pengarah perisikan kebangsaan dalam pentadbiran akan datangnya.

Jika Trump mencalonkan Rogers, dan dia disahkan oleh Senat, dia akan menggantikan Clapper sebagai pegawai yang menyelia semua 16 agensi-agensi perisikan AS yang dikoordinasikan oleh Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan.

Rogers, yang juga mengetuai Pusat Kawalan Siber AS, telah menerajui NSA dan Pusat Perkhidmatan Keselamatan sejak 2014, ekoran kebocoran besar-besaran oleh bekas kontraktor perisikan Edward Snowden yang berkaitan dengan kaedah meluas pengawasan. – AFP