Ketua penyokong Rusia dihantar pulang

Ketua penyokong Rusia dihantar pulang

TOULOUSE, Perancis, 21 Jun (AP) – Ketua kesatuan penyokong Rusia yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan kumpulan berhaluan kanan ditahan dalam perlawanan pasukan Rusia menentang Wales semalam dan sekarang menghadapi penghantaran semula dari Perancis bagi kali kedua dalam masa seminggu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Perancis, Pierre-Henri Brandet berkata Alexander Shrygin ditahan di stadium di Toulouse, tiga hari selepas dihantar pulang dari Perancis selepas pihak berkuasa mendakwanya terlibat dalam tindakan samseng.

“Ditahan pada malam ini di stadium Toulouse, Alexander Shrygin telah ditahan dan kedudukannya akan ditangani sama ada menerusi pentadbiran atau dengan prosedur kehakiman,” Brandet memberitahu The Associated Press menerusi teks mesej.

Shprygin, yang mana adalah di antara 20 warga Rusia yang dihantar pulang ke Moscow minggu lalu, berkata dalam Twitter dia telah memasuki semula Perancis menerusi “laluan luar biasa dalam penyamaran pada waktu malam,” yang meletakkan gambar apa yang dilihat adalah lapangan terbang Barcelona. Dia kemudian membuat perjalanan ke Perancis melalui darat.

Sementara itu visa Kesatuan Eropah Shprygin tidak dibatalkan kerana dia dihantar pulang minggu lalu, dia diharamkan untuk memasuki Perancis dan boleh dipindahkan segera jika dia memasuki lapangan terbang Perancis.

Shprygin juga meletakkan gambar berhampiran stadium bersama lelaki yang dikatakannya adalah konsul Rusia.

Shprygin, yang duduk di atas suruhanjaya kerajaan Rusia bagi menyelia persediaan Moscow bagi Piala Dunia 2018, mengakui meletakkan gambar simbol berhaluan kanan di atas talian tetapi berkata sama ada dia mahu pun pertubuhannya adalah rasis.

Pertubuhan Shprygin mengadakan pengiktirafan rasmi dari Kesatuan Bola Sepak Rusia dan bertugas bersama kerajaan Rusia pada masa lalu.

Kumpulan gabungan UEFA, anti diskriminasi, Fare Network berkata peranannya dalam bola sepak Rusia “menunjukkan kemasukan kumpulan berhaluan kanan dalam kawasan peminat” di Rusia.

ARTIKEL YANG SAMA