Ketua perunding nuklear tinggalkan Jabatan Negara

Ketua perunding nuklear tinggalkan Jabatan Negara

WASHINGTON, 28 Mei (Reuters) – Ketua Perunding AS dalam rundingan nuklear Iran, Wendy Sherman akan meninggalkan Jabatan Negara sejurus selepas had akhir 30 Jun bagi rundingan antara Tehran dan enam kuasa besar untuk mencapai perjanjian, New York Times melaporkan semalam.

Sherman mendedahkan hasratnya itu sebelum berlepas ke Vienna dan Geneva bagi pusingan terakhir rundingan yang bertujuan mendapatkan kawalan ke atas program nuklear Iran yang sebagai gantinya adalah penarikan balik sekatan yang telah melumpuhkan ekonomi negara itu, lapor akhbar itu lagi.

“Sudah pun dua tahun,” Times memetik Sherman sebagai berkata, dengan merujuk kepada rundingan sangat rumit dan berlarutan dengan pihak Iran yang bermula dengan rundingan rahsia antara dua musuh lama itu.

Sherman, penolong setiausaha negara bagi hal ehwal politik di Jabatan Negara, telah menonjol sebagai salah seorang daripada beberapa orang wanita dalam lautan manusia yang mengenakan sut hitam pada kebanyakan sesi rundingan.

Pengundurannya itu akan meninggalkan jurang besar dalam pasukan AS, yang akan terpaksa mengurus pengaturan bagi pengunduran sekatan dan pemantauan pematuhan Iran sekiranya perjanjian muktamad dimeterai bulan depan.

Setiausaha Negara John Kerry berkata dalam satu kenyataan kepada CNN: “Wendy benar-benar anggota penting pasukan saya, terutamanya dalam tugasnya menerajui rundingan nuklear dengan Iran, serta tentang isu yang hampir penting yang sampai di meja saya.”