Ketua PL bimbang ancaman media sosial

Ketua PL bimbang ancaman media sosial

LONDON, 11 Ogos – Ketua eksekutif bola sepak Liga Perdana Inggeris (PL) yang menguntungkan percaya bahaya terbesar untuk mengekalkan populariti jangka panjang sukan itu bukan dari sukan pesaing tetapi media sosial dan permainan digital.

Perkembangan e-Sports atau permainan video, menyaksikan kelab-kelab Liga Perdana seperti West Ham United dan Manchester City ‘menandatangani’ pemain e-Sports mereka sendiri.

Richard Scudamore, ketua eksekutif Liga Perdana yang popular berkata, bola sepak itu terpaksa memahami dunia di mana penyokong muda sekarang hidup jika mereka mahu kekal sebagai peminat permainan itu.

Ditanya lima mana atau sukan mana yang dilihatnya sebagai pesaing utama Scuadamore ketika bercakap kepada Radio Five Live BBC dari Liga Perdana yang dilancarkan di utara London semalam, menjawab, “Saya melihatnya lebih besar dari itu.

“Saya melihat permainan. Semua bentuk permainan digital. Saya melihat semua generasi muda meluangkan masa di atas peranti melakukan semua perkara yang menghiburkan mereka, terutamanya dengan media sosial. Kami tidak seharusnya melihat sukan lain – saya rasa sedikit sukar dari segi persaingan kami.

“Kami melihat apa yang menghiburkan orang ramai sebagai pesaing untuk cuba memastikan mereka berminat dalam perkara ini, yang menyaksikan mengapa kesemua aktiviti berasaskan komuniti dan seluruh aktiviti yang berasaskan interaktif begitu penting.”

Dia menambah: “Kami mahu orang ramai dapat mengenal pasti permainan yang kita sukai. Bagi seseorang yang ada anak muda, anda melihat apa yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka.

“Mereka meluangkan lebih banyak masa terlibat secara interaktif – bukan hanya permainan, tetapi media sosial, berinteraksi bersama sahabat mereka…saya katanya ‘sahabat’ – orang ramai di sana tahu dari seluruh dunia – sama ada mereka akan melepasi definisi sahabat lama…

“Yang menarik adalah masa depan sama ada permainan ini akan terus melibatkan mereka, dan mengapa mereka perlu memastikan apa yang kita melakukan segala yang kita boleh untuk memastikannya berhasil.” – AFP