Ketua polis cedera dalam serangan bom

Ketua polis cedera dalam serangan bom

ADEN, 4 Feb – Seorang ketua polis wilayah di selatan Yaman menjadi antara mereka yang cedera apabila pengebom bunuh diri menyerang konvoinya di bandar pelabuhan Aden pada lewat semalam, kata pegawai keselamatan.

Pegawai berkata, Kolonel Adel al-Halemi cedera dan beberapa orang maut atau cedera apabila penyerang meletupkan kenderaannya dekat kediaman Ketua Polis Lahj di sini.

Namun, maklumat lanjut berkaitan jumlah kematian tidak diperoleh.

Serangan itu dikatakan susulan siri pembunuhan dan serangan bom terhadap sasaran kerajaan di selatan Yaman dikuasai tentera yang setia, dengan kumpulan IS mengaku melakukan kebanyakan serangan berkenaan.

Angkatan pro kerajaan disokong pakatan diketuai Arab Saudi sejak Julai lalu berjaya merampas semula Aden, Lahj dan tiga lagi wilayah di selatan dari pemberontak Syiah Huthi yang menguasai sebahagian besar Yaman termasuk Sanaa.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih 5,800 orang dibunuh sejak pakatan melancarkan serangan udara dan darat terhadap pemberontak pada Mac. – AFP