Ketua polis S. Francisco letak jawatan

Ketua polis S. Francisco letak jawatan

LOS ANGELES, 20 Mei (AFP) – Ketua polis San Francisco meletak jawatan semalam atas permintaan Datuk Bandar bagi bandar itu beberapa jam selepas seorang wanita kulit hitam mati ditembak oleh seorang pegawai polis.

Datuk Bandar Ed Lee mengumumkan perletakan jawatan Greg Suhr pada sidang media, dengan mengatakan dia berharap akan ‘memulihkan bandar itu’ yang telah digegarkan oleh ketegangan perkauman.

“Kemajuan yang telah kia buat adalah bermakna tetapi tidak cukup pantas,, tidak bagi saya dan tidak bagi Greg, dan sebab itu saya meminta Ketua Suhr meletak jawatan,” Lee memberitahu sidang media.

Beberapa jam sebelumnya, Suhr telah memberitahu para pemberita bahawa wanita kulit hitam berusia 22 tahun yang sedang memandu kereta curi telah ditembak mati oleh poli selepas dia tidak mengendahkan arahan supaya berhenti.’

Penembakan berlaku di tengah ketegangan meningkat antara jabatan polis San Francisco dan kaum Amerika Afrika berhubung sebilangan kejadian berkaitan kaum di bandar itu.

Jabatan polis diletakkan di bawah pengawasan serius ekoran penembakan mati Mario Woods pada Disember dan Luis Gongora pada April lalu.

Ia juga terbabit dalam kontroversi berhubung para pegawai polis saling bertukar-tukar pesanan ringkas tentang perkauman dan mesej ringkas yang prasangka terhadap orang homoseksual.