Ketua rangkaian Al-Qaeda maut serangan AS

Ketua rangkaian Al-Qaeda maut serangan AS

WASHINGTON, 19 Okt – Mohsen Adballah Ibrahim al Charekh, pemimpin kedudukan tertinggi rangkaian operasi veteran al-Qaeda yang dipanggil Kumpulan Khorasan, telah terbunuh dalam serangan udara baru-baru ini, Pentagon mengumumkan Ahad lalu.

Serangan udara pada 15 Oktober itu membunuh Charekh, juga dikenali sebagai Sanafi al-Nasr, di barat laut Syria, agensi berita Xinhua China melaporkan Pentagon dalam satu kenyataan.

“Operasi ini memberikan satu tamparan besar kepada rancangan Kumpulan Khorasan untuk menyerang Amerika Syarikat dan sekutu kami, dan sekali lagi membuktikan bahawa mereka yang berusaha untuk membahayakan kami tidak dapat melangkaui batasan jangkaan kami,” kata Pentagon.

Kenyataan itu menyatakan Al-Nasr anggota paling berpengalaman lama dalam jihad yang menyalurkan wang dan berjuang untuk al-Qaeda.”

Al-Nasr memindahkan dana daripada penderma di rantau Teluk ke Iraq dan kemudian kepada pemimpin al-Qaeda dari Pakistan ke Syria; beliau menganjurkan dan mengekalkan laluan untuk rekrut baru bagi melancong dari Pakistan ke Syria melalui Turki; dan beliau telah membantu operasi luar al-Qaeda di Barat, kata kenyataan itu.

Al-Nasr sebelum ini bekerja bagi rangkaian fasilitasi Al-Qaeda yang berpangkalan di Iran pada tahun 2012, beliau kemudian mengambil alih asas kewangan teras al-Qaeda sebelum berpindah ke Syria pada tahun 2013, kata kenyataan itu.

Beliau adalah pemimpin kanan kumpulan Khorasan yang kelima dibunuh dalam tempoh empat bulan lepas. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA