Ketua sami diberkas kerana syabu

BANGKOK, 8 Sept – Seorang ketua sami di sebuah kuil Thailand yang merawat para penagih dadah diberkas kerana menjual kepada para pesakit ubat tradisional yang dibubuh syabu, ekoran operasi pengintipan menyengat, menurut pihak berkuasa hari ini.

Thailand berdepan masalah besar penagihan syabu, tetapi pusat-pusat pemulihan yang dikendali oleh kerajaan amat kekurangan dana dan ekoran itu pihak kuil-kuil kerap campur tangan, didorong oleh prinsip bahawa perbuatan baik membina karma.

Bagaimanapun, mereka tidak dikawal dan kerap menggunakan kaedah-kaedah berkontroversi – sebuah pusat yang diketuai sami yang terkenal memberi galakan kepada para pesakit untuk muntah setiap hari dengan meminum cairan ekstrak herba rahsia.

Para penyiasat berkata, mereka telah menghantar seorang pegawai pengintip ke kuil Khao Sripermsawang di tengah wilayah Nakhon Nayok untuk menyamar sebagai penagih dadah selepas menerima maklumat dari bekas-bekas pesakit. – AFP