Ketua tentera baru Indonesia cetus kebimbangan

Ketua tentera baru Indonesia cetus kebimbangan

JAKARTA, 8 Julai (AFP) – Ketua turus tentera Indonesia telah dipromosikan menjadi ketua tentera hari ini, memecahkan tradisi giliran kerja antara cawangan-cawangan pasukan tentera dan membangkitkan kebimbangan tentang pengaruh memuncak tentera.

Jeneral Gatot Nurmantyo telah mengangkat sumpah sebagai ketua angkatan bersenjata oleh Presiden Joko Widodo pada satu majlis di bandar Jakarta dan menggantikan Jeneral Moeldoko, yang juga dilihat sebagai tokoh kanan dalam tentera.

Tugas itu dijangka disandang oleh ketua pasukan udara dan keputusan untuk melantik Nurmantyo telah mencetuskan kebimbangan tentang pengaruh meningkat tentera hampir dua dekad selepas ia menggugurkan kuasanya berikutan kejatuhan diktator Suharto, yang dirinya juga seorang jeneral.

“Saya rasa mengekalkan tradisi giliran adalah bagus,” kata pengerusi kumpulan hak asasi Institut Setara, Hendardi, sambil menambah bahawa tentera telah mendapat layanan ‘istimewa’.

Ketua Agensi Perisikan Negara (BIN) baru, Sutiyoso (kiri) dan ketua tentera Indonesia baru, Jeneral Gatot Nurmantyo selepas majlis mengangkat sumpah di istana presiden di Jakarta. – AFP
Ketua Agensi Perisikan Negara (BIN) baru, Sutiyoso (kiri) dan ketua tentera Indonesia baru, Jeneral Gatot Nurmantyo selepas majlis mengangkat sumpah di istana presiden di Jakarta. – AFP

Menurutnya, Widodo, yang dikenali sejagat sebagai Jokowi, telah menggunakan ‘teknik politik’ dan mencari untuk menyokong kedudukannya yang lemah dengan mendekati tentera.

Pilihan raya Widodo tahun lalu, pemimpin pertama Indonesia daripada luar politik dan elit tentera, mencetuskan harapan era baru dalam negara yang dilanda rasuah itu namun pentadbirannya dibadai kemelut dan dikritik bagi beberapa siri dasar tidak menentu.

Juga hari ini, Widodo telah melantik jeneral tentera bersara, Sutiyoso sebagai ketua perisikan baru negara itu – tokoh lain yang lama berkaitan dengan tentera.

ARTIKEL YANG SAMA