Ketua tentera Hezbollah terkorban

Ketua tentera Hezbollah terkorban

BEIRUT, 13 Mei (AFP) – Kumpulan pejuang Lubnan Hezbollah hari ini mengumumkan bahawa komander tenteranya telah terbunuh dalam satu serangan di Syria, satu tamparan hebat kepada gabungan yang menyokong rejim Damsyik.

Kumpulan itu berkata ia masih menyiasat punca letupan berhampiran lapangan terbang Damsyik tetapi ia tidak menyalahkan Israel seperti yang dilakukannya apabila pemimpin sebelum komander itu dibunuh di ibu negara Syria pada 2008.

Kematian Mustafa Badreddine, yang telah memimpin campur tangan Hezbollah di Syria sebagai menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad, berlaku tatkala gencatan senjata dalam konflik lima tahun negara hampir-hampir menemui kegagalan.

Gencatan senjata berusia enam hari di bandar kedua medan pertempuran Aleppo luput tempohnya pada awal semalam tanpa pembaharuan dan penembak hendap pemberontak yang menembak kawasan yang dikawal oleh kerajaan membunuh dua orang awam, seorang daripadanya wanita, kata kumpulan pengawas.

Serangan udara yang sengit menggempur anggota gabungan Al-Qaeda Barisan Al-Nusra di kubu wilayah Idlib di barat laut, membunuh 16 daripada pejuangnya, termasuk seorang komander senior.

Adnan Badreddine memberikan penghormatan kepada abangnya Mustafa Badreddine. – AP
Adnan Badreddine memberikan penghormatan kepada abangnya Mustafa Badreddine. – AP

Badreddine telah menjadi peserta utama dalam sayap tentera Hezbollah sejak ditubuhkan.

Beliau diletak dalam senarai hitam keganasan AS, merupakan tersangka utama dalam pembunuhan bekas perdana menteri Lubnan Rafiq Hariri di Beirut pada 2005, dan salah seorang lelaki yang paling dikehendaki di Israel.

Kumpulan militan Syiah, yang kini menguasai kerajaan Lubnan, tidak menyatakan jumlah musuh Badreddine yang bertanggungjawab atas kematiannya.

“Menurut laporan awal, satu letupan besar yang menyasarkan salah satu kedudukan kami berhampiran lapangan terbang antarabangsa Damsyik membunuh abang komander Mustafa Badreddine dan mencedera orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kami akan meneruskan siasatan untuk menentukan ciri-ciri dan punca letupan dan memastikan sama ada ia adalah hasil serangan udara, peluru berpandu atau tembakan meriam.”