Ketua tertinggi militan ditahan, 1 maut di selatan Filipina

Ketua tertinggi militan ditahan, 1 maut di selatan Filipina

MANILA, 10 Feb – Ketua tertinggi militan Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) diberkas dan pengiringnya telah dibunuh dalam operasi penguat kuasa undang-undang di bandar selatan Filipina, Cotabato lewat semalam, agensi berita China, Xinhua melaporkan pihak ketenteraan sebagai berkata kelmarin.

Hassan Indal, alias Abu Hazam, Naib Pengerusi BIFF bagi hal ehwal dalam dan pemerintah Divisyen ke empat kumpulan itu, ditahan di kampung Kalanganan oleh sebab waran tangkap oleh Mahkamah Perbicaraan Serantau Bandar Cotabato, menurut Major Jeneral Edmundo Pangilinan, pemerintah Divisyen Infantri ke enam tentera.

Menurutnya dipercayai bahawa Indal bersembunyi di Cotabato untuk mengelak pertelingkahan berterusan antara BIFF dan pasukan tentera yang melancarkan operasi keselamatan ke atas projek pengorekan di Sungai Butilen di Datu Salibu Maguindanao.

Pertelingkahan itu telah berterusan selama lima hari kini dan yang mungkin mengakibatkan Indal memilih untuk bersembunyi di Bandar Cotabato, tambahnya.

Juga terbunuh ketika penangkapan itu ialah Ali Indal, yang melawan ketika ditangkap dan melepaskan tembakan ke arah elemen bersama dalam operasi itu mengakibatkan elemen itu bertindak balas melepaskan tembakan. Dia dikenal pasti sebagai anak lelaki kepada pemerintah BIFF dan juga dipercayai begitu di bawah indoktrinasi untuk mengikut jejak langkahnya.

Ditemui ketika operasi itu ialah selaras raifal M653, ruang peluru yang berisi dan dengan lelopak peluru yang berisi dengan 10 butir peluru hidup, satu kaliber. 45 berisi peluru dan dua lelopak peluru berisi 14 butir peluru hidup dan satu bom tangan pemecahan.

BIFF yang ditubuhkan pada lewat 2010 adalah kumpulan berpecah Barisan Pembebasan Islam Moro, kumpulan pemberontak terbesar Islam di negara itu, terlibat dalam proses damai dengan kerajaan Filipina. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA