Keunikan Jepun dipamerkan

Keunikan Jepun dipamerkan

Oleh Salawati Haji Yahya & Siti Nur Wasimah S

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Keunikan Negara Matahari Terbit, Jepun dipamerkan dalam Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun yang dianjurkan oleh Kedutaan Jepun, berlangsung di Pusat Membeli-belah Time Square hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan minggu kebudayaan itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan isteri.

Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki dalam ucapan alu-aluannya mengatakan, “Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun ini memperkenalkan budaya tradisi dan pop moden, pameran maklumat pendidikan Jepun, program pertukaran belia dan pelancongan.”

Menurutnya lagi, dua pakar dari Jepun, artis terkenal Manga, Manaru Tenkawa dan Pakar Ikebana Antarabangsa, Risho Saito akan memeriahkan acara itu.

Tetamu kehormat berserta isterinya melancarkan Majlis Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun.
Tetamu kehormat berserta isterinya melancarkan Majlis Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan isterinya ketika menyaksikan persembahan pada majlis itu.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan isterinya ketika menyaksikan persembahan pada majlis itu.

Manaru akan mengadakan demonstrasi Manga dan bengkel manakala Risho akan mengadakan demonstrasi Ikebana. Selain itu, beberapa pertunjukan dan pameran juga akan memeriahkan lagi acara tersebut.

“Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun, bukan hanya menumpukan kepada kebudayaan tapi mempromosi Bahasa Jepun seterusnya menekankan peluang belajar di Jepun,” jelasnya.

Katanya lagi, “Pertandingan kaligrafi Jepun akan diadakan di petak Kedutaan Jepun pada 19 dan 20 Mac 2016 ini.”

Di majlis itu, Menteri Kebudyaan, Belia dan Sukan dan isteri berpeluang melihat demo Ikebana dan Manga seterusnya menyaksikan pameran yang diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA