Keuntungan 2015 Nokia menurun

Keuntungan 2015 Nokia menurun

HELSINKI, 11 Feb – Keuntungan bersih syarikat kelengkapan telekom gergasi Finland Nokia jatuh 29 peratus pada 2015, kepada 2.45 bilion euro menjelang pengambilalihan syarikat saingan mereka Alcatel-Lucent, menurut syarikat itu hari ini.

Penurunan itu hasil daripada keputusan yang dibuat pada 2014 termasuk 5.4 bilion euro yang diperoleh melalui penjualan unit telefon bimbit yang tidak menguntungkan kepada Microsoft.

Namun syarikat itu berkata keuntungan operasi telah berkembang tahun lepas dengan 20 peratus dan pendapatan bersihnya dengan 6 peratus.

Nokia baru sahaja melalui transformasi radikal dua tahun setengah. Pada 2013 ia telah membeli 50 peratus aktiviti rangkaian dari syarikat Jerman Siemen, dalam 2014 pula ia melupuskan perniagaan telefon bimbitnya di mana ia pernah menjadi jenama nombor satu dunia, dan dalam 2015 menjual unit pemetaannya di sini dan mengambil alih Alcatel-Lucent.

Keuntungan bersih daripada “penerusan aktiviti-aktivitinya” selepas penjualan dan sebelum mengambil alih Alcatel telah dirumuskan bulan lepas, jatuh 56 peratus tahun lepas, kepada 19 bilion euro, menurut syarikat itu lagi.

Keuntungan bersih Nokia bagi 2015 dilihat menurun sejak perubahan radikal terhadap syarikat tersebut. - Reuters
Keuntungan bersih Nokia bagi 2015 dilihat menurun sejak perubahan radikal terhadap syarikat tersebut. – Reuters

Jumlah keuntungan naik 6 peratus kepada 12.5 bilion euro.

Syarikat itu memuji dalam satu kenyataan “kesinambungan prestasi operasi yang kukuh dalam Rangkaian Nokia dan pertumbuhan kukuh dalam Teknologi Nokia”, adalah unit harta intelek.

Namun ketua eksekutif Ranjeev Suri memberi amaran bahawa Nokia menjangkakan permulaan yang kasar pada tahun-tahun mendatang.

“Kami juga menjangkakan beberapa keadaan pasaran tidak menentu dalam 2016 apabila 4G/LTE dilancarkan di China dan beberapa pasaran lain mula perlahan.

“Suku pertama, khususnya, kelihatan agak mencabar apabila pelanggan mengakses pelan perbelanjaan modal mereka berdasarkan peningkatan ketidaktentuan makroekonomi,” ujarnya dalam satu keterangan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA