Keuntungan bersih Bank Deutsche merosot

Keuntungan bersih Bank Deutsche merosot

FRANKFURT, 27 Julai – Bank Deutsche di Jerman melihat keuntungan bersih merosot pada suku kedua kepada 20 juta euro, merosot 98 peratus berbanding angka pada tahun sebelumnya, keputusan yang disiarkan hari ini menunjukkan.

Keputusan itu, dipersalahkan ke atas persekitaran perniagaan yang ‘lemah’ dan penyusunan semula yang kompleks oleh ketua eksekutif John Cryan, dicatat kurang daripada purata 188 juta euro yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Factset.

Keuntungan sebelum cukai berjumlah 408 juta euro – kemerosotan sebanyak 67 peratus berbanding dengan suku kedua 2015 – berdasarkan pendapatan sebanyak 7.4 bilion euro, merosot 20 peratus.

“Keputusan kami menunjukkan kami sedang menjalani penyusunan semula,” kata Cryan dalam satu kenyataan, menambah beliau berasa “puas hati dengan perkembangan yang kami catat.”

Namun CEO itu mengingatkan bahawa “jika persekitaran ekonomi lemah berterusan, kami perlu lebih bersikap lebih beraspirasi dari segi masa dan keteguhan penyusunan semula kami.”

Cryan sedang bergelut untuk meyakinkan pasaran dan pengawas bahawa Deutsche berada di tangan yang selamat selepas ia digambarkan sebagai “risiko sistemik besar” oleh Tabung Mata Wang Antarabangsa pada Jun.

Harga sahamnya telah meleset pada tahun ini, disebabkan kebimbangan mengenai pengundian Britain untuk keluar daripada EU dan kelemahan dalam sektor perbankan Itali.

Pada awal Julai, Simpanan Persekutuan AS mendedahkan cawangan Deutsche di AS telah gagal dalam dua set ujian stres berturut-turut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA