Keuntungan bersih Fortescue Metals merosot 88 %

Keuntungan bersih Fortescue Metals merosot 88 %

SYDNEY, 24 Ogos (AFP) – Syarikat perlombongan Australia, Fortescue Metals hari ini mencatat kemerosotan sebanyak 88 peratus dalam keuntungan bersih sepanjang tahun di sebalik kemerosotan harga untuk komoditi bijih besi.

Fortescue, salah satu daripada empat pengeksport bijih besi terkenal di dunia di samping BHP Billiton dan Rio Tinto di Australia, dan Vale di Brazil, mencatat keuntungan sebanyak AS$316 juta untuk 12 bulan sehingga 30 Jun, merosot daripada AS$2.74 bilion setahun sebelumnya.

Keputusan itu terlepas jangkaan penganalisis, menyebabkan saham syarikat merosot lapan peratus kepada Aus$1.76 dalam perniagaan pada pagi. Pelombong itu telah bergelut dengan kemelesetan bekalan dan kelemahan permintaan China, yang telah melihat harga bijih besi merosot, mencecah tahap paling rendah sejak 2009 pada bulan lalu pada AS$44.59.