Keuntungan bersih HSBC jatuh 3.8 peratus

Keuntungan bersih HSBC jatuh 3.8 peratus

HONG KONG, 3 Ogos (AFP) – The Hongkong and Shanghai Bangking Corporation (HSBC) hari ini mengumumkan bahawa keuntungan bersih jatuh 3.8 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga Jun, ketika syarikat itu bersetuju untuk menjual perniagaannya di Brazil dengan nilai AS$5.2 bilion kepada Branco Bradesco, Brazil.

Bank terbesar Eropah itu pada bulan Jun mengumumkan ia akan mengurangkan tenaga kerja sejagatnya dengan sehingga 50,000 ketika ia keluar dari Brazil dan Turki.

Langkah itu dibuat ketika HSBC cuba merangsang keuntungan dan melupakan skandal baru-baru ini, termasuklah penipuan pasaran tukaran asing.

Dalam separuh pertama 2015, keuntungan bersih jatuh 1.3 peratus, meskipun syarikat menekankan kenaikan dalam keuntungan sebelum cukai, yang naik 10 peratus dalam tempoh enam bulan. Keuntungan tempoh suku jatuh kepada AS$4.36 bilion dari AS$4.54 bilion dalam tempoh sama tahun lalu, sementara perangkaan separuh tahun jatuh dari AS$9.746 bilion kepada AS$9.618 bilion.

“Suasana perbankan masih mencabar,” kata pengerusi kumpulan, Douglas Flint, tetapi menambah kata bank masih memegang ‘kedudukan istimewa’ dalam perdagangan dan pelaburan sejagat.

HSBC yang merupakan bank terbesar Eropah pada bulan Jun lepas turut mengumumkan ia akan mengurangkan tenaga kerja sejagatnya sehingga 50,000 ketika ia keluar dari Brazil dan Turki.
HSBC yang merupakan bank terbesar Eropah pada bulan Jun lepas turut mengumumkan ia akan mengurangkan tenaga kerja sejagatnya sehingga 50,000 ketika ia keluar dari Brazil dan Turki.

“Kami mempunyai kekuatan kewangan dan orang yang betul di semua peringkat firma untuk mewujudkan banyak peluang terbuka kepada kami,” tambahnya lagi.

HSBC mengesahkan penjualan di Brazil dalam kenyataan berasingan, kepada bursa Hong Kong. “Penjualan HSBC Brazil menunjukkan langkah besar dalam matlamat HSBC untuk mengoptimumkan rangkaian sejagatnya dan mengurangkan kerumitan,” menurut kenyataan itu.

Ketua pegawai Eksekutif (CEO) Stuart Gulliver menambah: “Saya sukacita dapat mengumumkan pada hari ini, transaksi yang mencapai hasil kukuh kewangan dan perlaksanaan pantas salah satu tindakan kami yang dinyatakan.”

Saham dalam kumpulan perbankan didagangkan rata pada tukaran Hong Kong pada tengah hari pada HK$69.7 (AS$8.99).

ARTIKEL YANG SAMA