Keuntungan bersih Hyundai Motor merosot

Keuntungan bersih Hyundai Motor merosot

SEOUL, 26 April – Ketidakstabilan mata wang dan kemerosotan jualan di China memberi kesan ke atas Hyundai Motor tatkala pengeluar kereta Korea Selatan hari ini melaporkan satu kemerosotan dalam keuntungan bersih untuk suku kesembilan berturut-turut.

Hyundai, bersama anggota gabungannya yang lebih kecil Kia, membentuk kumpulan pengeluar kereta kelima terbesar di dunia. Keuntungan bersih pada Januari hingga Mac berjumlah 1.76 trilion won, merosot 11.6 peratus berbanding setahun lalu, sementara keuntungan operasi juga merosot 15.5 peratus kepada 1.34 trilion won.

Satu kemelesetan berlarutan dalam harga minyak global telah menjejas pertumbuhan dengan permintaan lembap di sesetengah pasaran membangun, kata syarikat dalam satu kenyataan. Kelemahan mata wang tempatan di negara seperti Rusia dan Brazil juga menjejas daya saing harga Hyundai, katanya.

Jualan kereta global merosot 6.4 peratus berbanding setahun sebelumnya pada 1.1 juta unit. Hyundai mengingatkan ketidakpastian itu akan berlarutan sehingga akhir tahun, dengan ekonomi membangun dan maju menunjukkan beberapa tanda-tanda pemulihan.

Untuk memerangi jualan lembap, firma berkata ia akan menambah pengeluaran kenderaan sport utility yang popular di pasaran membangun seperti China – pasaran eksport utamanya yang menyumbang kepada kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan.

Seorang pekerja Hyundai Motor Co. berjalan melintasi kenderaan yang dipamerkan di bilik pameran syarikat itu di Seoul, Korea Selatan, Kelmarin. – AP
Seorang pekerja Hyundai Motor Co. berjalan melintasi kenderaan yang dipamerkan di bilik pameran syarikat itu di Seoul, Korea Selatan, Kelmarin. – AP

Jualan Hyundai di China merosot 18.2 peratus dalam suku pertama, walaupun ketika pasaran kereta China – telahpun menjadi pasaran terbesar di dunia – berkembang. – AFP