Keuntungan bersih Sinopec-CNOOC merosot

Keuntungan bersih Sinopec-CNOOC merosot

SHANGHAI, 27 Ogos (AFP) – Dua syarikat tenaga terbesar China, Sinopec dan CNOOC, melihat keuntungan bersih separuh tahun pertama mereka merosot tatkala harga minyak antarabangsa yang rendah dan ekonomi global lemah mencecah tahap paling rendah, kata mereka.

Keuntungan bersih Sinopec untuk enam bulan pertama meleset 22.3 peratus kepada 24.43 bilion yuan, katanya lewat semalam dalam satu kenyataan kepada bursa saham Hong Kong, di mana ia disenaraikan.

“Dalam separuh tahun pertama 2015, pemulihan ekonomi global tetap perlahan,” kata pengerusi Sinopec Wang Yupu dalam kenyataan.

“Harga minyak mentah antarabangsa merosot pada separuh tahun kedua tahun lalu dan berubah-ubah pada tahap rendah pada separuh tahun pertama.”

Harga minyak mencecah tahap paling rendah mereka sejak awal 2009 pada minggu ini disebabkan kebimbangan ekonomi meleset China akan mengawal permintaan untuk komoditi yang telah membantu menjana pertumbuhannya sejak tiga dekad lalu.

Sinopec berkata permintaan domestik untuk minyak mentah dan gas asli juga meleset dalam separuh tahun pertama.

Ekonomi China bertumbuh 7.0 peratus dalam setiap dua suku pertama, menjadi perlahan daripada perkembangan 7.4 peratus pada tahun lalu, yang merupakan tahap paling lemahnya sejak 1990.

Pendapatan Sinopec merosot 23.3 peratus tahun-ke-tahun kepada 1.04 trilion yuan dalam tempoh Januari-Jun.

“Melihat kepada separuh tahun kedua, dengan keadaan bekalan berlebihan di pasaran minyak mentah antarabangsa, harga minyak dijangka berubah-ubah pada tahap rendah,” kata Wang.

Dalam perkembangan berasingan, pengeluar minyak dan gas luar pesisir China, CNOOC melaporkan kemerosotan 56.1 peratus dalam keuntungan bersih kepada 14.73 bilion yuan dalam separuh tahun pertama, kata syarikat dalam satu kenyataan kepada bursa saham Hong Kong lewat semalam.

“Pertumbuhan ekonomi di China menjadi stabil daripada kemelesetan dan melihat tanda-tanda jatuh ke paras paling rendah, sementara harga minyak antarabangsa terus mencecah pada tahap rendah,” kata pengerusi CNOOC Yang Hua dalam kenyataan.