Keuntungan Bintulu Port susut sebelum cukai

Keuntungan Bintulu Port susut sebelum cukai

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) – Keuntungan sebelum cukai Bintulu Port Holdings Bhd susut sebanyak 12.5 peratus kepada RM168.47 juta bagi tahun kewangan 2015 berbanding dengan RM192.61 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama.

Hasil tahunan turun kepada RM547.35 juta daripada RM552.26 juta.

“Dalam 2015, penurunan prestasi telah direkodkan dari hasil gas asli cecair (LNG), produk-produk berasaskan kayu dan kapal-kapal bekalan luar pesisir pantai tetapi terdapat sumbangan yang positif daripada minyak sawit dan sektor pukal kering,” katanya.

Untuk suku keempat berakhir pada 31 Dis 2015, keuntungan sebelum cukai naik kepada RM50.31 juta berbanding dengan RM51.35 juta yang direkodkan dalam suku yang sama 2014 tetapi hasil adalah lebih tinggi pada RM151.03 juta berbanding RM148.76 juta sebelum ini.

Bintulu Port dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata walaupun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang mencabar, kumpulan itu dijangka akan mengekalkan prestasi dalam 2016.

“Pengendalian kapal LNG dan kargo akan terus menjadi penyumbang utama kepada hasil Pelabuhan Bintulu,” katanya.

Lain-lain kargo yang dijangka akan menyumbang secara positif kepada hasil adalah minyak sawit, baja pukal, kontena dan alumina.

ARTIKEL YANG SAMA